the owesemm!

blog is my tissue :')

assalamualaikum,
hari ni aku betul betul takda mood. tambah tambah lagi hari ni birthday aku yang ke 18. :') .
aku dah 18 tahun yer? tahniahlah.

HAPPY BIRTHDAY TO ME, HAPPY BIRTHDAY TO ME, happy birthday to me... :'D
semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, bahagia bahagia selalu, jangan sedih sedih dah,

ni ucapan aku sendiri. hehe. sedih kan? hari birthday sendiri pun wish kat diri sendiri jugak. kek pun aku yang buat sendiri. haha lagi sedih! :'( . sekarang ni, duk rumah pun sorang sorang, haha padan muka. aku dah tak tau nak tulis apa sebab aku tengah sedih dan aku tengah sunyi sekarang!. dah berbaldi air mata aku keluar. aku tahan ja. takkan nak naggis depan mak aku. depan family aku? FAMILY? aku ada family ke??? haha, aku pun tak tau lah. aku rindu kak2 and abg2 aku . sumpah aku tak tipu. *sambil kesat air mata yang tak henti2 keluar.
mak and abang aku keluar pegi padang besar. yang ni ka hadiah birthday kat aku? aku lebih rela duduk rumah sorang sorang. T___T .

en. blog, tengs sebab sudi bagi aku nanggis kat sini sorang sorang. aku takda sapa yang sudi nak dengar keluhan hati aku tau tak? aku sedih sangat sekarang, sedih yang tak mampu aku nak cakap mcam mana. sedih macam baru clash? hurmmm.. lebih kurangla. tapi sedih lagi dari clash dengan pakwe kot, aku rasa aku dah takda hati kot nak rasa sedih sedih sebab hidup aku selalau ja sedih. en.blog, aku sunyi lah. sudi tak jadik pakwe aku jap, kejap je, teman aku untuk hari ni je. family aku semua sibuk, aku ada kau je en,blog. aku nak nanggis kat kau puas puas hari ni. nak makan pun tak lalu. nak keluar? keluar sorang sorang jelah. tapi tak tahu pulak nak pegi mana. :'( . Ya Allah, kenapa aku selalu sangat sedih? dugaan. n__n .

time mandi, sidai baju, basuh pinggan, bawak moto, tengok anak anak ayam, baca wish kat pesbuk, balas komen, tulis entry ni pun laju ja air mata aku keluar. macam air terjun ja. aku dah tak tahan nak pendam sorang sorang, tapi nak cerita kat sapa lagi, en blog jelah. aku rasa en.blog pun TER paksa dengar semua ni. huhu . i need someone that can hug me, and wish me that he always be with me. * ahh,,sedih lagi.

anyone here for me?

my own wish :'(

tired,
missmyd

4 comments:

AMNA said...

Happy birthday Siti Amidza! ^^

May ALLAH Bless You.. dont sad2 sbb kawan blogger kan ada? :)

Jannah said...

alahai,kenape nih mid?jgnlah sedih.aku kan ade.didi aku ade.lemak aku ade.smue ade.sedih je gitau aku tau tau tau.snyum sikit :)

fatin hazirah said...

HB (:
wish you all the BEST (:

Luna Merza said...

jom join GA :) tlg support ye :)

http://www.lunavocy.com/2012/05/lunavocy-giveaway-on-may-2012.html