the owesemm!

tiramisu:)

assalamualaikum,,
okie..entry aku pagi ni tentang sorang kawan aku yang tengah merajuk sebab aku tak dapat join dia meronggeng..hehe..sorry beb..takda transport la..maafkan saya):..disebabkan saya dah berjanji untuk menghasilkan kek untuk awak..awak nak kek tiramisu coklat kan..hehe..then aku pun tanya tokwan Google..citt.cit...jumpa..
ni la kek tiramisu tu,,tapi yang ni bukan aku yang buat la..hehe..hanya sekadar hiasa je..

nah resepi dia..:)
Kek Coklat Tiramisu
Bahan-bahan : Kek Coklat Tanpa Telur (loyang 9 inci)

  • 2 cawan tepung gandum*
  • 3/4 cawan serbuk koko*
  • 2 sk serbuk penaik*
  • 1 sk soda bikarbonat*
  • 1/2 sk garam halus
  • 1 1/2 cawan gula pasir / gula halus
  • 3/4 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 1 1/2 cawan air kopi/nescafe panas
  • 3/4 cawan susu perisa coklat
  • 1 sk esen vanilla
  • 2 sk cuka

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *.  Masukkan garam. Ratakan.
  3. Satukan gula, air kopi/nescafe panas, susu segar, dan esen vanilla ke dalam satu bekas dan bancuh  hingga gula larut. Kemudian satukan dengan langkah no 2. Masukkan minyak masak/minyak jagung. Kacau mengikut arah pusingan jam.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat. (Gunakan spatula/senduk kayu)
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek terlebih dahulu.

Bahan-bahan : Tiramisu
  • 500 g cream cheese
  • 400 g whipping cream
  • 100-150 g gula icing /gula kastor 
  • air nescafe secukupnya
  • serbuk coklat / serbuk koko
Cara-cara : Pukul keju bersama gula hingga sebati. Kemudian masukkan whipping cream. Putar lagi hingga kembang dan gebu.
Cara-cara melapis : 
  1. Potong kek coklat menjadi dua lapis. Susunkan lapisan pertama ke dalam loyang atau bekas bersesuaian. 
  2. Kemudian siramkan dgn air nescafe di atasnya. Lapiskan dgn adunan tiramisu. Siramkan lagi dgn air nescafe. Ulangi proses hingga habis dan diakhiri dgn lapisan tiramisu di permukaannya. 
  3. Sejukkan selama 3-4 jam. 
  4. Kemudian, ayakkan serbuk coklat/serbuk koko pd permukaan kek atau hiaslah mengikut kesukaan masing2. (DJ hiaskan dgn topping  dan hirisan strawberi
im trying(:
missmyd

No comments: